Wednesday, 22 July 2015

Cara pemakaian helmet yg betul


Assalamualaikum




Langkah-langkahnya adalah :

1. Pastikan saiz helmet anda adalah sesuai dengan kepala anda.
2. Letak helmet atas kepala dan pastikan helmet tersebut berasa selesa.
3. Laraskan bahagian 'retension system' supaya tidak longgar dan mengikut kesesuaian size kepala anda.
4. Ubah dan laraskan bahagian 'yoke/strap' di bahagian tepi dan pastikan kedudukan sambungan 'yoke/strape' adalah di bawah cuping telinga.
5. 'Clip' kan 'yoke/strap' kanan dan kiri di bahagian bawah dagu.
6. Pastikan tidak terlalu ketat atau tidak terlalu longgar.


Sila tonton video di bawah untuk penerangan lanjut.



Terima Kasih

Fram Bag

Assalamualaikum


Apa yang penting yang perlu di bawa semasa hendak keluar berkayuh?

1. Frame bag
2. Pocket Tools
3. Handphone
4. Tyre Lever
5. Spare Tyre Tube
6. Hand Pump
7. Duit sikit


Sila tonton video di bawah :

 




Terima Kasih

Monday, 20 July 2015

Nama saya ALAN


Assalamualaikum




Nama : Mohd Azlan B Mat Noor
 Umur : 35 tahun
Alamat : Lot 3435 Jalan Sg Jati Batu 1 1/2 Kg Jawa 41000 Klang Selangor
Pendidikan: Uitm 2003 Ijazah Sarjana Muda Seni Logam Halus

Saya adalah seorang Pakar dalam bidang basikal dan kejurulatihan basikal MTB. Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang basikal sebagai usahawan basikal dan jurulatih. Mendapat kelayakan sbg komisar dan jurulatih dari Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. Pengalaman sebagai penunggang dan jurulatih basikal bagi mengenal pasti keadaan track basikal itu selamat digunakan untuk digunakan sebagai tempat latihan.

Basikal dah jadi sebahagian dr hidup saya sejak dari kecil lagi. Yang saya ingat mak saya pernah bg tahu saya boleh berbasikal dua roda seawal umur saya 3 tahun. Saya mula serius berbasikal pada tahun 1994. Basikal pertama saya ialah Raleigh Burner. Basikal BMX. Rangka yg dikutip dr rumah kawan dan beli dr kawan2, komponen yg terpakai,

1995

1996


Penglibatan saya dalam dunia basikal telah membawa saya ke beberapa Negara di Asia seperti Thailand, Jepun dan juga China. Saya mula terlibat dalam perniagaan berkaitan basikal semasa di bangku Universiti dengan membeli bahagian-bahagian basikal di Singapura dan menjualnya kepada kawan-kawan di Malaysia.

Pada tahun 2005, saya memulakan kerjaya secara rasminya sebagai usahawan basikal, dengan mendapat bantuan dari MARA. Pada tahun yang sama juga saya telah mendapat sijil dari SBCU (specialized bicycle component university ).

Selain itu saya juga berjaya memperoleh sijil komisar BMX pada 2014 dan juga sijil jurulatih spesifik berbasikal tahap satu dari MSN dan PKBM. Pada tahun 2015, saya telah dilantik menjadi consultant bagi Bike Park di Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park).

Saya juga adalah seorang panel utk pembangunan NOSS (National Occupational Standard Skills) di dalam bidang penyelenggaraan basikal...

Basikal bukan shj bagus untuk kesihatan malah untuk alam sekitar juga, ianya juga sukan yg menyeronokkan. Bukan sahaja digunakan pengangkutan malah menjimatkan masa dan duit.

Jemput tonton video di bawah, sedikit sebanyak tentang saya, Guru basikal anda.



Ini adalah link ke channel YOUTUBE saya. Jemput like, share, comment dan juga subscribe! Sebarang cadangan dan komen untuk penambah baikan adalah di alu-alukan.

https://www.youtube.com/channel/UCGTFIZW5t3LEgzWc5RYfE4Q/videos